8/03/2009 02:13:00 AM

KONGRES PELAJAR DAN PENEGASAN TERAS-TERAS KENEGARAAN 2009

Posted by :..: blp_uiam :..:

PKPIM ANJUR KONGRES PELAJAR DAN PENEGASAN TERAS-TERAS KENEGARAAN 2009

SIARAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

21 JULAI 2009

PKPIM ANJUR KONGRES PELAJAR DAN PENEGASAN TERAS-TERAS KENEGARAAN 2009

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan Kongres Pelajar Dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009 bersempena dengan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke-48 dengan tema ”Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur” pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur.

Penyertaan kongres adalah terbuka kepada umum khususnya di kalangan para pimpinan pelajar sekolah, pimpinan mahasiswa institut pengajian tinggi, pimpinan institusi dan badan bukan kerajaan serta pegawai kerajaan dan pembuat dasar.

PKPIM merasakan bahawa penganjuran kongres ini adalah bertepatan dengan masanya ketika Malaysia sedang mencari kestabilan hala tuju pasca tsunami politik Pilihanraya Umum ke 12 dan peralihan pucuk pimpinan negara. Tambahan pula dengan isu-isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia dalam tempoh masa itu, telah menguji kematangan Malaysia untuk hidup di atas bebanan sejarah dan impian masa hadapan. Sekiranya tidak dipandu dengan pemahaman dan penghayatan yang jelas dan benar akan teras-teras kenegaraan yang telah menjadi tiang-tiang penegak Malaysia sebagai sebuah negara merdeka hari ini, maka adalah dikhuatiri perubahan sosio-politik yang berlaku menatijahkan bencana yang lebih buruk.

Maka itu, objektif penganjuran kongres ini adalah untuk memberi makna dan kefahaman yang jelas akan teras-teras kenegaraan di dalam mendepani isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia hari ini dan akan datang. Di samping itu, kongres ini juga bertujuan merintis usaha transformasi Malaysia ke arah kehidupan bernegara yang lebih baik untuk seluruh rakyatnya. Kongres ini juga bertujuan untuk mewujudkan wadah penyampaian dan perbincangan untuk penghayatan makna dan perkaitan antara slogan ‘Satu Malaysia’ dan gagasan ‘Politik Baru’. Kongres ini diharapkan dapat menghasilkan gagasan baru melalui pembinaan pemikiran dan pengupayaan kemahiran generasi muda sebagai panduan buat generasi muda hari ini sebagai penerus kesinambungan kehidupan negara Malaysia.

Kongres ini akan dimulakan dengan Ucapan Dasar bertajuk “Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur” yang akan disampaikan oleh En. Mohd. Hilmi Ramli, Presiden PKPIM.

Seterusnya, Y.B. Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia akan menyampaikan Ucap Utama bertajuk “Membugar Idealisme Politik Baru di Kalangan Generasi Muda” sekaligus merasmikan kongres ini dan melancarkan buku terbitan PKPIM berjudul “PKPIM: Sejarah dan Perjuangan Lima Dasawarsa (1961-2011)”.

Empat kertas kerja yang akan dibentangkan di dalam kongres ini adalah seperti berikut;

1. ”Kerangka Melayu Islam Sebagai Teras Kenegaraan”

Oleh: Y.Bhg. Prof. Dr. Wan Mohd. Noor Wan Daud, Felo Utama ATMA UKM

Pengulas: Dr. Mohd. Farid Mohd. Shahran, Timbalan Dekan IRK UIAM


2. ”Perpaduan Melayu lwn. Perpaduan Nasional”

Oleh: Dr. Sarjit Singh Gill, Pensyarah Kanan UPM

Pengulas: 1. En. Markus Lim Han King, Penyelidik INSAP

2. En. Khairul Anuar Musa, Exco PKPIM

3. ”Integriti dan Jatidiri”


Oleh: Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh, Presiden IIM

Pengulas: 1. En. Wan Ahmad Fayhsal, Koordinator Kampus TERAS

2. En. Hasnul Hanif Harun, Naib Presiden PKPIM

4. ”Liberalisasi Ekonomi: Peluang dan Cabaran Generasi Muda”

Oleh: Tn. Hj. Abd. Malek Awg. Kechil, Ketua Pengarah YAPEIM

Pengulas: 1. En. Daniel Alexander, TAC

2. En. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Exco PKPIM


Kongres ini ditutup dengan Sidang Khas Generasi Muda yang membariskan En. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Naib Presiden PKPIM, En. Mohd. Syamsul Salleh, YDP MPP UPM merangkap Jurucakap MPPK dan En. Nasrullah al-Ghiffary, Presiden Pelajar Islam Indonesia (PII) yang akan membicarakan tajuk “Antara Aspirasi Parti Politik dan Idealisme Generasi Muda”.


PKPIM optimis untuk menjadikan kongres ini sebagai satu batu loncatan untuk Malaysia terus maju mengejar impian masa hadapan tanpa melupakan apatah lagi meminggirkan bebanan sejarah yang membentuk jatidiri kita sebagai sebuah bangsa merdeka Negara Malaysia.


Untuk urusan penyertaan atau maklumat tambahan, boleh diajukan kepada En. Abu Qasim Nor Azmi (019-356 5805), Cik Sakinah Budiman (013-212 4590) atau hubungi terus Sekretariat PKPIM Pusat di talian 03-6184 2286 atau emel, pkpim_spp@yahoo.com. Perkembagan dari semasa ke semasa boleh didapati di blog rasmi kongres ini di alamat http://kongres-pkpim.blogspot.com.




Oleh:

KHAIRUL ANWAR SHAZALI

Setiausaha Agung PKPIM

Merangkap;

Pengerusi Jawatankuasa Induk

Majlis Perhimpunan Agung Tahunan ke 48 dan

Kongres Pelajar Dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009

013-895 0345 / anwarshazali@yahoo.com

7/02/2009 07:33:00 PM

USRAH KETIGA.....

Posted by :..: blp_uiam :..:

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang budiman, insyaAllah setinggi syukur kami panjatkan kehadrat Ilahi diatas nikmat kurnia yang diberikan dalam menjalankan kegiatan kami dan semoga aktiviti ini mendapat redha Ilahi dan mendapat karunia di akhirat kelak insyAllah.
Usrah ketiga….
Pembentang: mohd Suhairi bin Ismail, nur sakinah

Surah:
Tafsir Al-Azhar jilid 10
Huraian kitab riyadhus solihin bab 3
Perbincangan tafsir…..
Dalam usrah yang lepas, kami berkesempatan membincangkan mengenai perihal permulaan kehidupan manusia yang mana dijelaskan secara terperinci didalam usrah yang kedua dan pada kali ini, kami berkesempatan membincangkan pulak perihal hari kiamat atau mungkin boleh dikatakan kehancurang kaum manusia itu sendiri, didalam surah ini, Allah menceritakan keadaan, suasana dimana berlakunya hari kiamat yang mana akan terjadi dalam sedikit masa lagi, hari yang mana diceritakan akan berlakunya kehancuran yang tidak pernah dilihat manusia, hari yang mana diceritakan bumi akan mengeluarkan segala isi-isi yang disimpan selala ribuan malah jutaan tahun lama nya, diceritakan jugak manusia pada waktu itu akan bertanyakan ‘apakah yang berlaku?’ dan diterangkan bumikan memberikan jawapan berdasarkan apa yang berlaku, inilah yang dimaksudkan bumi akan bercakap, bercakap memalui perbuatan yang diceritakan tadi.

Didalam tafsir, diceritakan jugak kejadian kiamat ini bukan hanya disedari umat islam berdasarkan apa yang diceritakan didalam Al-Quran tetapi hal ini telah dibincangkan didalam satu kongres yang diakdakan di …………………. Yang mana perhimpunan ini disertai banyak sarjana membncangkan akan kehancuran bumi, hasil perbincangan itu mereka berhasil mngemukakan 5 teori yang menunjukkan perihak kehancuran bumi itu sendiri:
1. Matahari kehabisan tenaga yang akan menyebabkan bumi menjadi beku dan kematian kehidupan.
2. Matahari hancur dan serpihannya menghentam bumi.
3. Bintang berekor berlanggar dengan bumi yang mengakibatkan kehancuran yang dasyat.
4. Tarikan graviti yang kuat menyebabkan bulan semakin menghampiri bumi dan kadar pasang surut air menjadi terlalu tinggi yang mengakibatkan banjir yang besar.
5. Bintang-bintang jatuh menghemtam bumi.

Untuk berbicara jauh mengenai kiamat ini maka panajnglah yang ingin diperkatakan, pelbagai tanda-tanda yang telah ditunjukkan Allah sebagai amaran dan sebagai membenarkan apa yang telah diceritakan Al-Quran dan As-sunnah. Namun satu penemuan baru yang membuktikan dengan jelas perihal tanda-tanda kejadian kiamat ini apabila satu pendedahan khas yang diceritakan seorang ahli NASA mengenai penemuan ini. Didalam As-Sunnah dijelaskan akan kedatangan satu kaum dari dalam bumi yang dikenali sebagai yakjuk ma’juz yang akan membawa kehancuran yang besar dimuka bumi. Kembali kepada pendedahan itu, NASA telahpun menjumpai satu golongan, satu puak, satu kehidupan yang luar biasa didalam perut bumi, diceritakan puak tersebut mempunyai fizikal yang hampir sama dengan manusia namun mereka lebih besar dalam 8 hingga ke 10 kaki tinggi. Rupa yang bengis dan tangan yang besar dan kasar yang direka khas untuk tujuan mengorek. Diceritakan bahawa golongan yang dikenali ‘MOLE PEOPLE’ ini cukup berminat terhadap kehidupan dibumi . untuk mendapat lebih penjelasan sahabat-sahabat bolehlah mencari di internet yang berkaitan, Cuma taip sahaja –mole people- insyaAllah.

Kembali kepada kisah kiamat yang dibicarakan seawalnya, kiamat yang akan berlaku mungkin bukan pada zaman sekarang namun itu tidak mustahil terjadi, apa yang patut dirisaukan ‘kiamat’ yang bakal menjelma kepada kita bila- bila masa ini yakni kematian. Kematian yang mana akan melupuskan peluang untuk membuat kebaikkan dan amal bekalan. Inilah kiamat yang perlu diberikan perhatian yang keras. Memikirkan akan kematian memang menakutkan. Cukupkah amal kita untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya nanti?

Huraian buku….
Kitab riyadhus silihin bab 3

Ungkapan sabar sering kita ungkapkan. Tapi adakah kita benar-benar menghayati definisi sabar itu sendiri?


Dari Abu Yahya, yaitu Shuhaib bin Sinan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Amat menghairankan sekali keadaan orang mu'min itu, sesungguhnya semua

keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mu'min itu belaka, yaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukur-ah, maka hal itu adalah kebaikan baginya,sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran - yakni yang merupakan bencana – iapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya."


(Riwayat Muslim)



Daripada Kitab Risalatul Mu'awanah oleh Al-Imam Abdullah Al-Haddad , kesabaran boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama. Bahagian-bahagian tersebut ialah :

1) Kesabaran untuk membuat ketaatan
2) Kesabaran dalam menahan diri dari kemaksiatan
3) Kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci
4) Kesabaran atas nafsu dan syahawat

Beliau juga, dalam salah satu majlis, telah menerangkan bahawa sesungguhnya mereka yang menerima ujian pada zaman ini terbahagi kepada tiga golongan :

1) Golongan yang redha dan bertenang menghadapi ujian. Ganjaran untuk mereka adalah diangkat darjat mereka.

2) Golongan yang gelisah menghadapi ujian tetapi tidak membantahnya. Ganjaran untuk mereka pula adalah dihapuskan dosa.

3) Golongan yang gelisah dan membantah pula ujian yang dihadapi. Mereka akan mendapat kemurkaan dan balasan yang buruk.



AYAT-AYAT CINTA dari ALLAH kepada hamba-hambanya yang SABAR… J


Allah Ta'ala berfirman:



* "Hai sekalian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu."


(ali-lmran: 200)



* "Niscayalah Kami akan memberikan cobaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikaniah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."


(al-Baqarah: 155)



* "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya - kerana amat banyaknya.


(az-Zumar: 10)



* "Orang yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu niscayalah termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang teguh."


(as-Syura: 43)



* "Mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan shalat sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."


(al-Baqarah: 153)



* "Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang bersabar."


(Muhammad: 31)


Sabar-sabar selalu…!!


WALLAHU’ALAM…

6/18/2009 01:52:00 AM

::..uSRaH KeDua..::

Posted by :..: blp_uiam :..:

PERIHAL KEJADIAN MANUSIA DAN KONSEP TAUBAT.


Usrah kedua: 02/76/09
Pembentang: Mohd Suhairi Bin Ismail,Ummu Salamah
Tafsir: Surah Al-Insan: 1-3
Huraian Buku: riyadus_shalihin (bab 2)
Rujukan: tafsir Al-Azhar


Perbincangan…

Dari penting kepada penting…..inilah persoalan yang menjadi tajuk utama dalam perbincangan kali ini, ini selaras dengan ayat pertama dalam surah ini:
1. Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?

Didalm tafsiran ayat ini, dijelaskan peristiwa yang berlaku sebelum manusia itu dikenali dan disebut-sebut, diceritakan jugak perihal kejadian manusia yang yang mana dapat disimpulkan kejadia jasad ADAM A.S. itu jugak melalui beberapa proses. Diceritakan jugak Allah membentuk jasad Adam a.s. dengan tanah dan dibiarkan selamu hampiir 40 tahun supaya tanah yang dibentuk itu kering, dan ditambahi pula 40 tahun sehinggalah replica tanah itu berada pada tahap yang lain dan disimpulkan prose situ berterusan selama 120 tahun sebelum ditiupkan roh yang akhirnya membentuk manusia,


Tika ini manusia belum lagi dikenali, namun setelah tawaran sebagai khalifah diberikan kepada manusia, seluruh masyarakat dunia tika itu mengenali dan tidak sabar untuk melihat pemimpin dunia ini. Diceritakan kedatangan manusia memang diharapkan dapat membantu makhluk yang lain, kelebihan yang diberikan ini tidak lain disebabkan satu kelebihan iaitu pemberian akal yang dapat menghubungkaitkan kejadian sesuatu dengan Pencipta,

Dalam ayat yang kedua Allah menjelaskan:

2. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur[1535] yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

Dipenhujung ayat ini, dijelaskan dua nikmat iaitu nikmat melihat dan mendengar yang mana dijelaskan antara kelebihan manusia ini adalah jika manusia melihat sesuaut, mereka(manusia) akan menghubungkannya dengan pencipta, atau dalam bahasa yang mudah manusia akan menyandarkan segalanya kepada Allah s.w.t.

Namun persoalan yang kami ingin wujudkan adalah adakah kita termasuk didalam golongan dan sifat manusia yang diceritakan didalam tafsir ini? Adakah kita menjadi pemimpin yang ditunggu-tunggu untuk memimpin?


HURAIAN BUKU…….

BAB 2 (taubat)

maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.(110:3)
maha suci Allah, betapa agungnya sifat ‘ghafur’ yang ada pada diri yang Esa. Tetapi alangkah ruginya sifat ghafur-Nya itu tidak langsung dihiraukan oleh si peleka dan si alpa didunia, nauzubillah…
Bukan Al-Quran tidak menerangkan mengenai konsep taubat itu sendiri tetapi didalam hadis juga baginda menekankan perkara ini dan pelbagai amaran dan ancaman diberikan supaya manusia senantiasa takut lantas mengambi jalan taubat sepanjang masa yang mana jalan tersebut akan menyelamatkan di hari kemudia kelak.

Didalam kitab Riyadhus solihin, imam nawawi menerangkan kepada kita mengenai tiga pra-syarat utama didalam melakukan taubat:
1. menyesali akan dosa
2. berazam untuk tidak melakkukan lagi
3. menghentikan terus perkara berdosa itu.
Namun tiga syarat ini hanyalah jika dosa yang dilakukan itu berkisar dengan Allah sahaja, tetapi jika kesalahan itu melibatkan makhluk contohnya sesame manusia, akan ade pertambahan syarat yang ke empat yakni melepaskan tanggungan itu dari hak kawan atau dengan kata mudah membayar semula, meminta maaf dan sbgainya.

Jika syarat-syarat ini tidak dipenuhi maka taubat itu tidak akan diterima. Sungguh memang apabila dinamai manusia, kesilapan akan terus menerus mengetuk pintu kehidupan manusia, namun persoalannya apakah persediaan yang telah dilengkapi untuk melawannya? Adakah kita sudi membiarkan diri terus menerus berada didalam keadaan yang sudah biasa dengan dosa, sekiranya kehidupan manusia itu sentiasa bergelumang dengan dosa, maka dalam jangka masa yang tertentu hati akan merasa biasa dengan dosa, maka diri akan merasa selamat dengan dosa, nauzubillah….semoga Allah menjauhkan kita semua dari perekara ini.


Sesungguhnya keampunan Allah itu senantiasa terbuka, senantiasa menunggu akan insan-insan yang sudi melawatinya, insyaAllah diharapkan kita semua berada didalam golongan yang senantiasa bertaubat dan senantiasa mengingati…………………….Aminnnnn…

6/11/2009 09:06:00 AM

::..uSRoH PeRTaMa bLp..::

Posted by :..: blp_uiam :..:

Salam ukhuwah buat pembaca budiman sekalian..

Usrah pertama: 29/05/09

Pembentang: Mohd Suhairi Bin Ismail,Ummu Salamah

Tafsir: Surah AlTaghabun: 14-18

Huraian Buku: riyadus_shalihin (bab 1)

Rujukan: tafsir Al-Azhar

Perbincangan…..

14. Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu[1479] maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Didalam ayat ini, Allah telah menggariskan beberapa kenikmatan yang memang menjadi pelengkap kehidupan seorang insan. Nikmat yang mampu membahagiakan keseluruh liku-liku kehidupan kerana kehadiran isteri dan jugak anak-anak,

Namun dalam ayat ini Allah menerangkan kepada manusia akan bahaya yang bakal dihadapi oleh manusia didalam menikmati kesoronokkan dan indahnya kedua-dua nikmat ini.

Ini jelas didalam maksud ayat diatas yang mana Allah melabelkan kedua-duanya dengan gelaran musuh. Untuk menjelaskan lagi maksud musuh itu akan saye perhalusi supaya saudara pembaca mampu meletakkan apakah maksud “musuh’ yang Allah maksudkan ini..

Didalam Oxfort Dictionary, perkataan ‘enemy’ membawa maksud:

n. (pl. enemies) a person who is actively opposed or hostile to someone or something. (the enemy) [treated as sing. or pl.] a hostile nation or its armed forces in time of war.

Jika diperhatikan akan makna yang dijelaskan, dapat kita simpulkan bahawa musuh ini wajib dijauhi, wajib dilawan dan pelbagai lagi tindakan kerana musuh akan membawa kepada kecelakaan, mengapa Allah meletakkan isteri dan anak-anak sebagai musuh? Malah sambungan ayat yang seterusnya turut menghemtam golongan ini:

15. Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.

Untuk mejernihkan semula sebenar-benar maksud yang tersirat didalam ayat ini dan untuk tidak memastikan ada golongan menyalahtafsirkan ayat ini, didalam ayat yang ke- 15 ini, Allah menjelaskan semula bahawa kehadiran isteri dan anak-anak adalah sebagai cubaan keatas umatnya, ayat ini tidak bermaksud bahawa semua golongan isteri dan anak-anak termasuk dalam golongan ini tetapi hanya sebilangan kecil sahaja ini kerana dua golongan ini dihuraikan menjadi musuh apabila menghalang suami untuk berdakwah umpamanya. Sebagai contoh yang jugak peristiwa yang menyebabkan turunya ayat ini:

Tatkalla baginda telah berhijrah ke madinah, ada segelintir masyarakat mekah yang menyedari akan kebenaran dakwah baginda lantas menyuarakan hasrat untuk berhijrah sama ke madinah, namun apabila hasrat itu diutarakan kepada isteri dan anak-anak, dua golongan ini menghalang hasrat suami tersebut maka turunlah ayat ini bagi menegur dan memberikan peringatan…Wallahua’lam.

HURAIAN BUKU…..

Pertama-tama sekali jika kita lihat dalam semua kitab-kitab hadis yang terkenal, kita akan mendapati hadis yang utama yang menjadi akar tunjung pembuka bicara adalah hadis yang bersentuhan dengan hal niat:

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Didalam hadis ini,jelas lagi bersuluh akan kepentingan yang ditekankan yang mana niat yang baik dan betul itu menjadi teras utama dalam menjalankan sesuatu pekerjaan, dapatlah digambarkan bahawa kepentingan niat itu meliputi segala-galanya kerana niat ini yang dipandang ilahi, niat ini yang menjadi btanda ukur dalam nak menilai kualiti sesuatu pekerjaan dan gerak kerja. Namun jangan ditakuti dengan niat yang salah dipermulaan kerana niat boleh diubah, maka dalam hadis ini jugak disarankan agar kitasemua senantiasa untuk memperbaharui niat yang semoga semua diantara kita akan memperoleh keberkatan insyaAllah…

waLLAHu a'laamm..

6/11/2009 08:29:00 AM

::..bLP BerPeNCaK Di GeLaNGgaNG BLoG..::

Posted by :..: blp_uiam :..:

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat seperjuangan semua,,,blogger-emoticon.blogspot.com

Alhamdulillah pertamanya kami ingin memanjatkan setinggi kesyukuran diatas kenikmatan yang dialami kumpulan kami dalam menjayakan misi dan visi perjuangan. Syukur juga kami lampirkan kepada Alllah yang terus menerus memberikan nikmat yang jelas menunjukkan peluang yang masih terbuka luas kepada kami warga kepimpinan biro latihan dan pembangunan supaya meneruskan serjuangan yang telah diwarisi dari baginda (s.a.w.).

Sebagai permulaan bicara, laman sawang ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi sedikit sebanyak info yang dibincangkan didalam usrah yang dijalankan oleh biro kami. Info-info yang dibincangkan adalah sebagai persediaan didalam menghadapi kepelbagaian halangan dan rintangan dalam jalan dakwah, sebagai daie, seseorang itu perlu diperlengkapkan dengan kepelbagaian ilmu dan perlu jugak kepada kemahiran untuk menyampaikan ilmu, kekurangan kemahiran ini menjadi batu asas bagi biro kami untuk cuba menampung kekurangan ini biarpun hanya dalam ruang lingkup yang kecil.

Akhir sekali semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan disisi Allah dan menjadi salah satu ‘platform’ bagi kami warga biro latihan dan pembangunan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai KHALIFAH.

waLLAHu a'laamm..

p/s : Renung-renungkan..selamat beramal..blogger-emoticon.blogspot.com