Photobucket free glitter text and family website at FamilyLobby.com
6/18/2009 01:52:00 AM

::..uSRaH KeDua..::

Posted by :..: blp_uiam :..:

PERIHAL KEJADIAN MANUSIA DAN KONSEP TAUBAT.


Usrah kedua: 02/76/09
Pembentang: Mohd Suhairi Bin Ismail,Ummu Salamah
Tafsir: Surah Al-Insan: 1-3
Huraian Buku: riyadus_shalihin (bab 2)
Rujukan: tafsir Al-Azhar


Perbincangan…

Dari penting kepada penting…..inilah persoalan yang menjadi tajuk utama dalam perbincangan kali ini, ini selaras dengan ayat pertama dalam surah ini:
1. Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?

Didalm tafsiran ayat ini, dijelaskan peristiwa yang berlaku sebelum manusia itu dikenali dan disebut-sebut, diceritakan jugak perihal kejadian manusia yang yang mana dapat disimpulkan kejadia jasad ADAM A.S. itu jugak melalui beberapa proses. Diceritakan jugak Allah membentuk jasad Adam a.s. dengan tanah dan dibiarkan selamu hampiir 40 tahun supaya tanah yang dibentuk itu kering, dan ditambahi pula 40 tahun sehinggalah replica tanah itu berada pada tahap yang lain dan disimpulkan prose situ berterusan selama 120 tahun sebelum ditiupkan roh yang akhirnya membentuk manusia,


Tika ini manusia belum lagi dikenali, namun setelah tawaran sebagai khalifah diberikan kepada manusia, seluruh masyarakat dunia tika itu mengenali dan tidak sabar untuk melihat pemimpin dunia ini. Diceritakan kedatangan manusia memang diharapkan dapat membantu makhluk yang lain, kelebihan yang diberikan ini tidak lain disebabkan satu kelebihan iaitu pemberian akal yang dapat menghubungkaitkan kejadian sesuatu dengan Pencipta,

Dalam ayat yang kedua Allah menjelaskan:

2. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur[1535] yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

Dipenhujung ayat ini, dijelaskan dua nikmat iaitu nikmat melihat dan mendengar yang mana dijelaskan antara kelebihan manusia ini adalah jika manusia melihat sesuaut, mereka(manusia) akan menghubungkannya dengan pencipta, atau dalam bahasa yang mudah manusia akan menyandarkan segalanya kepada Allah s.w.t.

Namun persoalan yang kami ingin wujudkan adalah adakah kita termasuk didalam golongan dan sifat manusia yang diceritakan didalam tafsir ini? Adakah kita menjadi pemimpin yang ditunggu-tunggu untuk memimpin?


HURAIAN BUKU…….

BAB 2 (taubat)

maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.(110:3)
maha suci Allah, betapa agungnya sifat ‘ghafur’ yang ada pada diri yang Esa. Tetapi alangkah ruginya sifat ghafur-Nya itu tidak langsung dihiraukan oleh si peleka dan si alpa didunia, nauzubillah…
Bukan Al-Quran tidak menerangkan mengenai konsep taubat itu sendiri tetapi didalam hadis juga baginda menekankan perkara ini dan pelbagai amaran dan ancaman diberikan supaya manusia senantiasa takut lantas mengambi jalan taubat sepanjang masa yang mana jalan tersebut akan menyelamatkan di hari kemudia kelak.

Didalam kitab Riyadhus solihin, imam nawawi menerangkan kepada kita mengenai tiga pra-syarat utama didalam melakukan taubat:
1. menyesali akan dosa
2. berazam untuk tidak melakkukan lagi
3. menghentikan terus perkara berdosa itu.
Namun tiga syarat ini hanyalah jika dosa yang dilakukan itu berkisar dengan Allah sahaja, tetapi jika kesalahan itu melibatkan makhluk contohnya sesame manusia, akan ade pertambahan syarat yang ke empat yakni melepaskan tanggungan itu dari hak kawan atau dengan kata mudah membayar semula, meminta maaf dan sbgainya.

Jika syarat-syarat ini tidak dipenuhi maka taubat itu tidak akan diterima. Sungguh memang apabila dinamai manusia, kesilapan akan terus menerus mengetuk pintu kehidupan manusia, namun persoalannya apakah persediaan yang telah dilengkapi untuk melawannya? Adakah kita sudi membiarkan diri terus menerus berada didalam keadaan yang sudah biasa dengan dosa, sekiranya kehidupan manusia itu sentiasa bergelumang dengan dosa, maka dalam jangka masa yang tertentu hati akan merasa biasa dengan dosa, maka diri akan merasa selamat dengan dosa, nauzubillah….semoga Allah menjauhkan kita semua dari perekara ini.


Sesungguhnya keampunan Allah itu senantiasa terbuka, senantiasa menunggu akan insan-insan yang sudi melawatinya, insyaAllah diharapkan kita semua berada didalam golongan yang senantiasa bertaubat dan senantiasa mengingati…………………….Aminnnnn…

6/11/2009 09:06:00 AM

::..uSRoH PeRTaMa bLp..::

Posted by :..: blp_uiam :..:

Salam ukhuwah buat pembaca budiman sekalian..

Usrah pertama: 29/05/09

Pembentang: Mohd Suhairi Bin Ismail,Ummu Salamah

Tafsir: Surah AlTaghabun: 14-18

Huraian Buku: riyadus_shalihin (bab 1)

Rujukan: tafsir Al-Azhar

Perbincangan…..

14. Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu[1479] maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Didalam ayat ini, Allah telah menggariskan beberapa kenikmatan yang memang menjadi pelengkap kehidupan seorang insan. Nikmat yang mampu membahagiakan keseluruh liku-liku kehidupan kerana kehadiran isteri dan jugak anak-anak,

Namun dalam ayat ini Allah menerangkan kepada manusia akan bahaya yang bakal dihadapi oleh manusia didalam menikmati kesoronokkan dan indahnya kedua-dua nikmat ini.

Ini jelas didalam maksud ayat diatas yang mana Allah melabelkan kedua-duanya dengan gelaran musuh. Untuk menjelaskan lagi maksud musuh itu akan saye perhalusi supaya saudara pembaca mampu meletakkan apakah maksud “musuh’ yang Allah maksudkan ini..

Didalam Oxfort Dictionary, perkataan ‘enemy’ membawa maksud:

n. (pl. enemies) a person who is actively opposed or hostile to someone or something. (the enemy) [treated as sing. or pl.] a hostile nation or its armed forces in time of war.

Jika diperhatikan akan makna yang dijelaskan, dapat kita simpulkan bahawa musuh ini wajib dijauhi, wajib dilawan dan pelbagai lagi tindakan kerana musuh akan membawa kepada kecelakaan, mengapa Allah meletakkan isteri dan anak-anak sebagai musuh? Malah sambungan ayat yang seterusnya turut menghemtam golongan ini:

15. Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.

Untuk mejernihkan semula sebenar-benar maksud yang tersirat didalam ayat ini dan untuk tidak memastikan ada golongan menyalahtafsirkan ayat ini, didalam ayat yang ke- 15 ini, Allah menjelaskan semula bahawa kehadiran isteri dan anak-anak adalah sebagai cubaan keatas umatnya, ayat ini tidak bermaksud bahawa semua golongan isteri dan anak-anak termasuk dalam golongan ini tetapi hanya sebilangan kecil sahaja ini kerana dua golongan ini dihuraikan menjadi musuh apabila menghalang suami untuk berdakwah umpamanya. Sebagai contoh yang jugak peristiwa yang menyebabkan turunya ayat ini:

Tatkalla baginda telah berhijrah ke madinah, ada segelintir masyarakat mekah yang menyedari akan kebenaran dakwah baginda lantas menyuarakan hasrat untuk berhijrah sama ke madinah, namun apabila hasrat itu diutarakan kepada isteri dan anak-anak, dua golongan ini menghalang hasrat suami tersebut maka turunlah ayat ini bagi menegur dan memberikan peringatan…Wallahua’lam.

HURAIAN BUKU…..

Pertama-tama sekali jika kita lihat dalam semua kitab-kitab hadis yang terkenal, kita akan mendapati hadis yang utama yang menjadi akar tunjung pembuka bicara adalah hadis yang bersentuhan dengan hal niat:

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Didalam hadis ini,jelas lagi bersuluh akan kepentingan yang ditekankan yang mana niat yang baik dan betul itu menjadi teras utama dalam menjalankan sesuatu pekerjaan, dapatlah digambarkan bahawa kepentingan niat itu meliputi segala-galanya kerana niat ini yang dipandang ilahi, niat ini yang menjadi btanda ukur dalam nak menilai kualiti sesuatu pekerjaan dan gerak kerja. Namun jangan ditakuti dengan niat yang salah dipermulaan kerana niat boleh diubah, maka dalam hadis ini jugak disarankan agar kitasemua senantiasa untuk memperbaharui niat yang semoga semua diantara kita akan memperoleh keberkatan insyaAllah…

waLLAHu a'laamm..

6/11/2009 08:29:00 AM

::..bLP BerPeNCaK Di GeLaNGgaNG BLoG..::

Posted by :..: blp_uiam :..:

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat seperjuangan semua,,,blogger-emoticon.blogspot.com

Alhamdulillah pertamanya kami ingin memanjatkan setinggi kesyukuran diatas kenikmatan yang dialami kumpulan kami dalam menjayakan misi dan visi perjuangan. Syukur juga kami lampirkan kepada Alllah yang terus menerus memberikan nikmat yang jelas menunjukkan peluang yang masih terbuka luas kepada kami warga kepimpinan biro latihan dan pembangunan supaya meneruskan serjuangan yang telah diwarisi dari baginda (s.a.w.).

Sebagai permulaan bicara, laman sawang ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi sedikit sebanyak info yang dibincangkan didalam usrah yang dijalankan oleh biro kami. Info-info yang dibincangkan adalah sebagai persediaan didalam menghadapi kepelbagaian halangan dan rintangan dalam jalan dakwah, sebagai daie, seseorang itu perlu diperlengkapkan dengan kepelbagaian ilmu dan perlu jugak kepada kemahiran untuk menyampaikan ilmu, kekurangan kemahiran ini menjadi batu asas bagi biro kami untuk cuba menampung kekurangan ini biarpun hanya dalam ruang lingkup yang kecil.

Akhir sekali semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan disisi Allah dan menjadi salah satu ‘platform’ bagi kami warga biro latihan dan pembangunan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai KHALIFAH.

waLLAHu a'laamm..

p/s : Renung-renungkan..selamat beramal..blogger-emoticon.blogspot.com